aku mahu dakap alhambra,andalusia

/ Tuesday, March 25, 2008 /


Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala
Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara
Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gambus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah andalusia
Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air
Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu

(tulisan oleh allahyarham rosli kamis,loloq)



betapa halus rupa nya, betapa indah lenggoknya
betapa merdu melodi nafasnya, betapa kudus sifatnya.
boleh bergoncang jiwa yang menghayatinya

oh aku sudah jatuh cinta sama andalusia.
bukan sabitah.

1 pendapat:

{ CoffeeHolic } on: April 30, 2008 at 12:55 PM said...

Andalusia...


tak ramai yang menganggap ungkapan pada lagu dan senikata lagu ini punya maksud yang berat.

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger