Anak merupakan cermin kepada diri awal kamu yang dahulunya tidak ada upaya, tidak ada pengetahuan, dan dahulunya dari tiada kepada ada. Beruntunglah kepada mereka yang mempunyai mata melihat, mempunyai telinga mendengar dan mempunyai akal berfikir.
Tiap malam aku takkan terlepas untuk dongak ke langit langit dihiasi keanggunan bulan dan ribuan bintang dihiburkan dengan orkestra nyanyian cengkerik dan siulan angin bulan,bersinar lembut dan beremosi memancarkan cintanya pada yang tercari-cari matahari,bersinar kasar dan lantang memancarkan cintanya pada yang mahu mencari disebalik tirai alam, sang matahari berkongsi nur nya pada sang bulan tanpa mengira waktu dan jarak,setiap detik biar sang bulan kelihatan menawan bila malam berlabuh dalam kejauhan masih terpancar sifatnya dari dirinya sendiri dan diri yang dicintainya alam yang romantis satu yang romantis hanya masa akan menjadi bukti kerinduan mereka hanya alam yang memahami hayat pertemuan mereka matahari dan bulan siang dan malam putih dan hitam saling berpasang walau perjalanan mereka berbeza haluan keduanya menginginkan pertemuan dalam satu majlis keramaian dan kita manusia sering menantikan pertemuan itu dimana mereka akan berdansa melepas rindu majlis gerhana pasti akan menjadi simpang pertemuan mereka demi gerhana, mereka tetap akan bertemu kita seringkali menjadi saksi pertemuan mereka melihat raja siang dan ratu malam berdansa di majlis gerhana kadangkala di istana raja sang siang kadangkala di istana ratu sang malam
keduanya bahagia dan redha akan detik pertemuan mereka berdua walau singkat tapi cukup untuk menterjemahkan semua walau ringkas tapi cukup untuk membahagiakan adam dan hawa bulan menjadi ratu kerajaan malam kerana cinta sang matahari padanya matahari menjadi raja kerajaan siang kerana cinta Al-Jalal padanya
satu persembahanku buatmu, sang bulan
ratu malamku, demi gerhana, suluhkan ketenangan buatku, agar aku tak meraba dalam gelap, agar dapat aku temukan kalungan bintang-bintang berkilauan buatmu, dan moga di ilhamkan satu pelukan misteri buat kita.