Tiap malam aku takkan terlepas untuk dongak ke langit
langit dihiasi keanggunan bulan dan ribuan bintang
dihiburkan dengan orkestra nyanyian cengkerik dan siulan angin
bulan,bersinar lembut dan beremosi
memancarkan cintanya pada yang tercari-cari
matahari,bersinar kasar dan lantang
memancarkan cintanya pada yang mahu mencari
disebalik tirai alam,
sang matahari berkongsi nur nya pada sang bulan
tanpa mengira waktu dan jarak,setiap detik
biar sang bulan kelihatan menawan bila malam berlabuh
dalam kejauhan masih terpancar sifatnya
dari dirinya sendiri dan diri yang dicintainya
alam yang romantis
satu yang romantis
hanya masa akan menjadi bukti kerinduan mereka
hanya alam yang memahami hayat pertemuan mereka
matahari dan bulan
siang dan malam
putih dan hitam
saling berpasang
walau perjalanan mereka berbeza haluan
keduanya menginginkan pertemuan dalam satu majlis keramaian
dan kita manusia sering menantikan pertemuan itu
dimana mereka akan berdansa melepas rindu
majlis gerhana pasti akan menjadi simpang pertemuan mereka
demi gerhana, mereka tetap akan bertemu
kita seringkali menjadi saksi pertemuan mereka
melihat raja siang dan ratu malam berdansa di majlis gerhana
kadangkala di istana raja sang siang
kadangkala di istana ratu sang malam
keduanya bahagia dan redha
akan detik pertemuan mereka berdua
walau singkat tapi cukup untuk menterjemahkan semua
walau ringkas tapi cukup untuk membahagiakan adam dan hawa
bulan menjadi ratu kerajaan malam kerana cinta sang matahari padanya
matahari menjadi raja kerajaan siang kerana cinta Al-Jalal padanya
satu persembahanku buatmu, sang bulan
ratu malamku,
demi gerhana,
suluhkan ketenangan buatku,
agar aku tak meraba dalam gelap,
agar dapat aku temukan kalungan bintang-bintang berkilauan buatmu,
dan moga di ilhamkan satu pelukan misteri buat kita.
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
cintakan mati untuk hidupkan cinta
nenek moyang ku penghuni syurga
dimana di situ lah bermulanya kehidupan dan cinta
disingkir keluar kerana tersalah menjamu selera
aku ini makhluk ghaib yang terperangkap dalam alam fana
yang tidak sempurna tetapi sempurna
aku cuma tidur terlalu lama di kala mimpi hayat
yang penuh dengan khayalan-khayalan berat
kematian duniawi adalah permulaan kehidupan
hari demi hari menanti hari kebangkitan
dimana aku akan dibangkitkan dan dihidupkan semula
untuk mengadap Maharaja yang sebesar-besarnya
setelah berdekad lamanya di alam materi termati diri
sedang dosa dan pahala itu urusan tuhan
mana kan mungkin aku memilih syurga
dan menolak neraka
maka,
dengan rasa cinta yang diilhamkan
melalui akal dan jiwa yang dinikahkan
baik lah aku memilih si pencipta
dari aku miliki sebuah takhta.
dan barangkali dengan izin Nya kan ku temui kedua pemilik cerita cinta yang pertama.
amin.

tiada dalam ada
aku tiada wajah
aku tiada mata
aku tiadahidung
aku tiada mulut
aku tiada tangan
aku tiada kaki
aku tiada akal
aku tiada ilmu
aku tiada hati
aku tiada jiwa
aku tiada kawan
aku tiada keluarga
aku tiada aku
kerana yang ada itu cuma WUJUD
tapi, aku ada cinta.
cinta.
aku tiada mata
aku tiadahidung
aku tiada mulut
aku tiada tangan
aku tiada kaki
aku tiada akal
aku tiada ilmu
aku tiada hati
aku tiada jiwa
aku tiada kawan
aku tiada keluarga
aku tiada aku
kerana yang ada itu cuma WUJUD
tapi, aku ada cinta.
cinta.
Perjalanan ke gerbang mimpi dari Sisilah Al-jabal
Aku
berdiri di bucu lembah mimpi
dan terjun ke alam dunia
ke Sisilah Al-jabal yang pernah melegakan
hijau, wangi dan indah
aku diiringi ribut daun mati
beratapkan langit merah
dan debu-debu hanyir
dengan misi mencari dan menyelamat
menyelongkar beribu-ribu jasad sri kandi
yang hilang,
yang pernah wujud,
yang tidak wujud
ada yang sembunyi di balik pokok
ada yang sembunyi di balik awan
ada yang sembunyi di balik pelangi
ada yang sembunyi di balik lumpur
ada yang mengintai di balik lumpur, bagai saratan malaki
hanya satu yang keinginan untuk hidupnya tinggi
dia bisikkan
"selamatkan aku jika aku perlu diselamatkan"
walau jasadnya itu kesat dan bergerigi,
namun dari sejengkal bulan
sudah dapat aku hidu wangian jiwanya.
harum bagaikan pantai
dan aku katakan
"kalaulah boleh aku beli dakapanmu,
pasti aku akan membelinya
walaupun aku terpaksa menabung
sepanjang hayatku"
"aku yang miskin ini
tak mampu berbelanja
jika itu yang perlu aku buat,
nantikan aku di akhir hayat ku
hingga aku berjaya
warnakan pelangi kosong di lembah Sisilah Al-jabal itu"
minda mendacing-dacing.
deru angin mengiringi bunyi sunyi.
Sisilah Al-jabal kelihatan suram tanpa cahaya
muncul satu jasad di balik batuan kering
katanya "Sisilah Al-jabal ini bukan lagi macam pernah kau singgah sebelum ini"
sang saudagar mimpi,
kita bertemu kembali.
rupanya kian usang,
tapi ilmu dan pengalamannya
masih halus indah terukir diwajahnya.
"omar, aku perlu bantuanmu
berikan aku mimpi yang murah, indah dan bagus
kerana aku hanya punya sekeping syiling.
syiling yang aku kait dari langit tempohari"
"anak muda,simpan sajalah syiling itu.
aku mengerti kamu mahu bermimpi,untuk asyik
untuk lari dari bumi hina dan celaka ini.
aku hanya perlu segenggam ilmu darimu
untuk di tukarkan dengan mimpi yang paling indah kepunyaanku"
kata omar.
"tapi omar,ilmu ini aku curi dari bangsawan"
"ilmu tak akan hilang jika dicuri
ilmu tak akan kurang jika dipinjamkan
ilmu tak akan habis jika diberi,
cuma akan lesap jika tak diamalkan"
tegas si tua yang mempunyai segunung himpunan mimpi itu.
akhir, aku menamatkan transaksi
pertukaran suka sama suka
dan meninggalkan saudagar mimpi yang uzur,
dan tidak pernah bermimpi itu dengan koleksi ilmunya.
berjalan ke lembah Sisilah Al-jabal
cintaku pada Sisilah Al-jabal tidak lagi seperti dulu
tujuh belas purnama,gelap jadinya
jalannya makin bersimpang-siur
menghaba,kering dan makin rosak.
Aku
berdiri di lembah bucu dunia
ingin sekali terjun
ke alam mimpi
dan terus hanyut.