skip to main |
skip to sidebar
Aku berdiri di bucu lembah mimpi dan terjun ke alam dunia ke Sisilah Al-jabal yang pernah melegakanhijau, wangi dan indahaku diiringi ribut daun mati beratapkan langit merah dan debu-debu hanyir dengan misi mencari dan menyelamat menyelongkar beribu-ribu jasad sri kandi yang hilang, yang pernah wujud,yang tidak wujud ada yang sembunyi di balik pokok ada yang sembunyi di balik awan ada yang sembunyi di balik pelangi ada yang sembunyi di balik lumpur ada yang mengintai di balik lumpur, bagai saratan malakihanya satu yang keinginan untuk hidupnya tinggi dia bisikkan "selamatkan aku jika aku perlu diselamatkan" walau jasadnya itu kesat dan bergerigi, namun dari sejengkal bulan sudah dapat aku hidu wangian jiwanya.harum bagaikan pantaidan aku katakan
"kalaulah boleh aku beli dakapanmu, pasti aku akan membelinya walaupun aku terpaksa menabung sepanjang hayatku""aku yang miskin ini tak mampu berbelanja jika itu yang perlu aku buat, nantikan aku di akhir hayat ku hingga aku berjaya warnakan pelangi kosong di lembah Sisilah Al-jabal itu"minda mendacing-dacing.deru angin mengiringi bunyi sunyi.Sisilah Al-jabal kelihatan suram tanpa cahayamuncul satu jasad di balik batuan keringkatanya "Sisilah Al-jabal ini bukan lagi macam pernah kau singgah sebelum ini"sang saudagar mimpi,kita bertemu kembali.rupanya kian usang, tapi ilmu dan pengalamannya masih halus indah terukir diwajahnya. "omar, aku perlu bantuanmuberikan aku mimpi yang murah, indah dan baguskerana aku hanya punya sekeping syiling.syiling yang aku kait dari langit tempohari""anak muda,simpan sajalah syiling itu.aku mengerti kamu mahu bermimpi,untuk asyikuntuk lari dari bumi hina dan celaka ini.aku hanya perlu segenggam ilmu darimuuntuk di tukarkan dengan mimpi yang paling indah kepunyaanku"kata omar."tapi omar,ilmu ini aku curi dari bangsawan""ilmu tak akan hilang jika dicuriilmu tak akan kurang jika dipinjamkan ilmu tak akan habis jika diberi, cuma akan lesap jika tak diamalkan"tegas si tua yang mempunyai segunung himpunan mimpi itu.akhir, aku menamatkan transaksipertukaran suka sama sukadan meninggalkan saudagar mimpi yang uzur,dan tidak pernah bermimpi itu dengan koleksi ilmunya.berjalan ke lembah Sisilah Al-jabalcintaku pada Sisilah Al-jabal tidak lagi seperti dulutujuh belas purnama,gelap jadinyajalannya makin bersimpang-siurmenghaba,kering dan makin rosak.Aku berdiri di lembah bucu dunia ingin sekali terjun ke alam mimpi dan terus hanyut.