cecair hati mendap,terusap
pergi,pergi katanya
sekali lagi punggung berlabuh diatas kerusi malas
yang reput
disini,diatas kerusi sepi
aku menghabiskan sisa-sisa hidup
menghayun-hayun kerusi malas
menanti jiwa yang hampir roboh
seksa masa
Betapa empuk masa yang kian buat kita terlena
hingga terbuai semimpi angan durjana
yang dengki rakus dan benci
namun begitu mengasyikkan
hingga mimpi berlarutan
mulut melopong menyaksikan
mimpi nyata dalam dunia ngeri
yang terkutuk mencintai suci
menyayangi dan menginginkan setitis kasih.

aku,rumah dan kunci
aku kini tiba-tiba buta
bertongkatkan hati yang patah
mengharungi pengembaraan tanpa peta
dan kehilangan hala tuju
untuk berteduh dari hujan dan panas
terasa matahari terik membakar lelangit
hujan lebat membanjiri segenap ruang kalbu
kemarau yang mengontangkan ruang minda
aku terhuyung-hayang meneruskan perjalanan
yang serba kosong dan sunyi
kerna rumah terindah yang pernah aku diami satu ketika..
yang pernah aku berlari girang dalamnya
yang pernah aku nyenyak tidur di dalamnya
yang pernah menenteramkan aku dari kegelapan gundah
yang pernah melindungi aku dari segala bencana kehidupan
yang pernah aku luahkan isi hatiku di dindingnya
kini telah terkunci dari dalam.
aku masih meraba-raba dan menyeluk kocek minda
mencari kunci yang hilang
kerna akulah manusia yang tiap kali menjadi pesalah
yang kadangkala buta dan pekak jika tanpa petunjuk
dan berharap masa masih lagi menyanyangiku dan memaafkanku
agar aku dapat menjumpai semula
kunci ke hatimu.

MANUSIA
Akulah manusia
Yang sering terlupa memohon padaNYA
yang maha pemurah dan maha mengasihani
Akulah manusia
Diantara kita yang belum bersedia menyarung
dan menggeruni kapan
Hingga abjad yang terlekat pada jari jemari
pula yang menjadi pedoman
Akulah manusia
Bukan lagi rehal yang jadi pemangku minda
Tetapi pangkat dan tanggungjawab yang dimegahkan
Akulah manusia
manusia-sia.

ithnani
sudahpun 12 purnama.
kau masih aku ekori sehingga kian.
meniti setiap langkah yang berirama.
mengumpul sejumlah senyuman
menghias ruang kehidupan
emosi gundah dialunkan tenang.
bersulamkan merdu.
berzahirkan sepucuk jiwa yang gemalai.
jambatan langit bersusun menanti fajar berikutnya.
365 bukan penamat cerita.
12 juga bukan penamatnya.
keindahan debaran tak seharusnya ditempiaskan dengan noktah.

Hitam Putih dunia
biar kata aku berdansa di ruang mindamu
dan menconteng secalit fikiran
menghentikan kau dari gugup
tanpa menghembus sunyi
menyusuri Aswad Abyadh Al-alam
agar setiap ruang kosong akan dipenuhkan
dengan kod serta nota harmonik duniawi
yang lengkap dan terbatas.
berteraskan nota Aswad Abyadh Al-alam
darurat 31 ogos
sudah 5 dekad merdeka,dari genggaman 5 abad .
namun aku, masih tercari semangat kemerdekaan
agar dapat merasuk jiwa aku,
generasi baru yang buta dan pekak
akan laungan kemerdekaan.
sejak bersekolah,
aku cuma nampak mercun yang membakar duit kami.
cantik..
aku juga nampak kostum-kostum hebat yang disulam daripada duit kami juga.
cantik..
serta pesta-pesta raksaksa yang berselindung di balik tirai 31 ogos, setiap tahun.
berbekalkan sound system terkini
yang hingga kesekian kalinya,
akan terus menenggelamkan laungan kebebasan.
kerana setiap satunya jiwa dan minda kita terpacak bendera penjajah.
hingga reput dan tertidur.
moga aku akan tercelik,
moga aku akan terdengar,
moga darurat akan memanggil jiwa dan mindaku.