PASIR NIPAH

/ Tuesday, February 27, 2007 /
yang aku rindukan hanya..
segenggam pasir pantai..
dan melodi ombak yang memukul lantai bumi..
berpautan dengan teriakan anak-anak girang
yang membingkaikan,
seharusnya dunia ini dinikmati dengan betul

ahh...aku sangat rindukan ketenangan

KUALA(LUMPUR)

/ Wednesday, February 07, 2007 /
otak semakin senak
mata berharap kabur
terseksa dek pemandangan kota yang mencekik
terjerat di tengah-tengah hutan batu yang kian reput dan membusuk

damaikan aku dengan loya
damaikan aku dengan bingit
damaikan aku dengan dosa

kerana mereka,
sedang berpusu-pusu untuk
mencipta
merangkul
menggomol
dan merogol keindahan kota lumpur ini..

semoga menelaah sebelum disatukan dengan tanah.
selamat berjaya

3.2.07

/ Saturday, February 03, 2007 /
Wahai sang rama-rama,Ingin aku ucapkan terima kasih kerana buka sepeluang buatku,dan juga ribuan maaf atas gerak-geri yang memilukan kamu.pintu yang terbuka membuatkan aku kian gugup.. tapi,bagus untuk membangkitkan rasa indah:) tetapi gelisah masih bersandaran kerana perbuatan di kala mamai.makin kuat langkah ketika menjinjing tapak tanganmu. aku makin hanyut kedalam kamu

ini janjiku..
ini janjiku..
takkan siapa mampu mencopet aku, dari kamu..atau mencopet kamu dari aku..

kerana wang yang kita miliki hanya K I T A berD U A sahaja yang tahu nilainyadan aku tahu aku takkan mampu berpaling belakang lagi, selamanya :)

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger