KAMUAKU

/ Saturday, December 16, 2006 /
kamu dan aku,benarkah tak terpisah? dalam ayat ini sekalipun sudah tertera jelas pemisah antara kamu dan aku. kata penyambung "dan" itu sendiri telah memisahkan "kamu dan aku". jelas bukan? maka secara logiknya jika dilihat dari segi fenomena kehidupan insan, setiap yang merpati atau belangkas itu sebenarnya terpisah. cuma penyebabnya yang berbeza. ajal,masa,takdir atau hati emas.

jadi, penggunaan perkataan "kamuaku" sudah cukup memadai

TRANSAKSI KASEH

/ /
pernah sekali hati ini mati dibunuh c i n t a
namun kau kutip sisa-sisa h a t i k u dan cantumkannya semula
dan menjaganya sepenuh hati seperti ia tak pernah luluh

jikalau yakin, mampukah h a t i ini bertukar hak milik?
pinjamkan aku hatimu jua

namun mungkin kau perlukannya semula suatu hari nanti...
mungkin aku juga..

061206

/ Wednesday, December 06, 2006 /
bila gemuruh itu suatu yang menyeronokkan
bila kita menanti kelahirannya
bila duka berganti syukur
serlahlah ratnamu

dari mata turun ke hati
dari hati mengesot ke jiwa

bagai hujan yang ditunggu dikala terik

syukur

PENAMAT CERITERA SANG RAMA-RAMA

/ Thursday, November 30, 2006 /
Ya.benar.mahu tak mahu, aku bersara semula sebagai si pengkaji rama-rama.bukan disebabkan sudah bosan, cuma aku rasa buat masa ini inilah penamat ceritera si pengkaji rama-rama. aku dah pun temui rama-rama yang aku cari selama ini.aku yang cari atau rama-rama itu yang menjumpai aku?salah satu daripada persoalan itu adalah jawapannya. mungkin salah satu, atau mungkin kedua-duanya sekali. ajaib.
Sepanjang dua minggu mengkaji rama-rama istimewa ini aku tak lekang menelitinya dari hari ke hari. kadangkala melihat rama-rama ini membuatkan aku berasa sayu, kadangkala gembira. namun begitu aku lebih banyak tersenyum melihat ia terbang. ya aku gembira bersama rama-rama. terpulanglah, mungkin ada yang akan kata si pengkaji rama-rama ini sudah masuk air. hehe. tapi, secara realitinya mungkin juga aku bukan pengkaji rama-rama........ ;)

rama-rama sudah pun hinggap di hidungku..

AKU, SI PENGKAJI RAMA-RAMA

/ Monday, November 27, 2006 /
Pernah satu ketika aku hampir putus asa dalam kerjaya aku, mengkaji dan meneliti rama-rama. bukannya mudah nak menjadi seorang yang sangat hebat dalam bidang yang diceburi. tapi kalau nak diikutkan, berlatih boleh mendatangkan hasil. tapi sukar nak diteruskan bila kita dah putus asa dengan sesuatu. rama-rama mudah untuk terbang pergi. lagipun jangka hayatnya taklah begitu lama. jadi disebabkan 2 perkara tadilah harapan aku untuk keluar memburu rama-rama semakin pudar.
3 minggu lepas, aku diberitahu ada spesis rama-rama baru kelihatan di sekitar kawasan bangi. pada mulanya berita tersebut taklah begitu menarik perhatian aku. tambahan pula, aku dah bersara dalam membuat kajian terhadap rama-rama. untuk mengkaji dan meneliti rama-rama bukan satu perkara yang mudah. aku perlu teliti. sebarang kesilapan boleh menjurus kepada satu kesilapan yang lain.aku diberitahu rama-rama tersebut bentuknya sedikit aneh, berwarna perang dan corak terbangnya amat berlainan dari rama-rama yang lain. aku mula terfikir. memandangkan spesis baru rama-rama yang diperkatakan agak menarik, apa salahnya kalau aku mulakan semula kerjaya aku? dan nafas si pengkaji rama-rama disambung semula :) esok juga aku nak pergi lihat sendiri akan keunikan rama-rama tersebut.
Esoknya aku pergi, dengan penuh harapan aku keluar pergi memburu. harap-harap juga tuah akan menyebelahi aku untuk menjumpai rama-rama tersebut. namun sebelum sempat sampai ke bangi lagi aku dah terjumpa rama-rama yang diperkatakan di tengah jalan. ya, benar. aku belum pernah lihat spesis rama-rama sebegini sepanjang hayatku sebagai si pengkaji rama-rama. unik. cantik. ia berwarna perang. ia punya mata yang besar berwarna putih. corak terbangnya sedikit aneh, kelihatan seperti tidak stabil. ia langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seperti rama-rama lain yang pernah aku kaji sebelum ini,dimana agak tipikal dan boleh dijumpai dimana-mana kawasan sekitar lembah kelang. mungkin ini satu permulaan baru buat aku, si pengkaji rama-rama :)

SEMALAM, HARI INI, dan LUSA

/ Thursday, November 16, 2006 /
bila senyum tawa mu makin pudar
bila ukiran terhenti dan terbengkalai
bila aku koyak segala diari hitam bersejarah

bila aku khusyuk mencoret dan memapar segala keindahan alam
bila aku terlalai dan alpa akan keharuman semalam

bila aku ingin lihat senyummu
dan bila ingin aku mereput bersamamu

KACA

/ Friday, November 10, 2006 /
sisa pencemaran kehidupan silam datang hinggap
ke pelusuk minda yang makin buntu
diwakili dengan tohmahan dan kecurigaan

sayu,makin sayu

bismillah. halakan aku ke peta rancanganmu
agar tak aku mengemis dan meminta-minta cinta dan keindahan mahligai kaca...

SEDUSEDAN

/ Sunday, July 16, 2006 /
mari bermandi hujan emas dari bermandi hujan batu
henti dari terus melukakan aku...
pisau tersangkut di dada hingga ke saat ini..

jika ku sampaikan sekali,
maka aku maksudkannya1000 kali,
namun hati kita yang berhak memilih untuk mendengar.

belum pernah sebelum ini sesuatu yang menyakitkan menjadi sesuatu yang indah
walau kita tahu kita hanya membunuh hari esok
namun kita harus juang untuk hari ini

di kala ini masa berhenti
kita hanya mengenali inti masing-masing
dimana setiap ciuman adalah ciuman harapan yang palsu

tapi...tak mengapa.

SOIL

/ /

"berbakti pada tanah sebelum kembali kepada tanah"

JATUH LARI 03

/ Sunday, July 02, 2006 /
bila patahnya sayap kiri
kita akur, tunduk
jalan terus tak bersimpang
merangkak, mengesot
juang yang hampir luput
namun cuba kau dongak
langit masih cerah
berlatarkan pelangi
dan gembira berterbangan
lakaran warna-warni
ukiran itu muncul semula

hingga ke akhirnya



BEBAS

/ Sunday, June 18, 2006 /
sehalus hujan memacak ke tepian bumi
diredhai n y a menggamit suasana dingin
nun jauh puteri santubong bersidai
makin hari kian cantik
kian hari makin sunyi

walau sunyi terhindar hentian yang mencekik
satu demi satu
sedikit demi sedikit

terbang bebas menghala pelangi..

LALAIKAN DIRI

/ Saturday, May 13, 2006 /
aku masih..
menanti yang ia kan hilang dari simpanan,
ia kan pergi jauh dari sini
ia kan lesap dari pandangan
ia kan hanyut ditarik arus
ia kan luluh dari kewujudan
ia kan mati dari dunia kamu
dan mati dari dunia kita sendiri

anjing kan tetap sebagai anjing
mana kan mungkin anjing menjadi kucing?

cabutkan pisau ini dan ukirkan senyum ku
jangan kau ronta, sedang ku khusyuk mengukir senyum mu..

PASANG

/ Friday, April 28, 2006 /
yin dan yang
hitam dan putih
siang dan malam
air dan api
langit dan laut

aku dan kamu..

SAKIT

/ Monday, April 10, 2006 /
pijak mereka yang memijak,
cekik mereka yang mencekik,
lepaskan si bajingan yang tak menyelami erti kehidupan,
agar hanyut dibawa arus fantasinya yang penuh dengan kelekehan..

mendominasi akal adalah harus bagi setiap insan..

syurga duniamu kian siap
mahu lawat?silakan..

MAHAESA

/ Sunday, April 02, 2006 /
m a h a..
aku gigil..aku sejuk
gusar..
aku hanya mampu membicarakan baginya
menghampirkannya dengan yang aman
peluang mendakap pelangi

penantian yang tak pernah luntur
hanya untuk secebis suara yang senyum

e s a
aku sujud..
lindungilah dia...
dengan harapan pelangiku tak lesap sekali lagi

MUSIM BUNGA PANJANG

/ Tuesday, March 28, 2006 /
bila cinta melarut ke jiwa
kita hampir alpakan dunia realiti
tanpa m i s i cinta hanyalah fantasi yang tak mungkin diserap ke alam realiti

MASA BERADU

/ Monday, March 27, 2006 /
bersiap...
hisap lenteng sebalut sebatang kara di malam hening
bersiap untuk menghanyutkan diri ke mimpi-mimpi pra-indah...

mungkinkah i n d a h?

yang pasti,biar bunyi berkumandang seikhlas mungkin ..

EMOSIKU

/ Thursday, March 23, 2006 /
kita sedang menari mengikut rentak yang sama
aku mengharap kita kan merangkak dan juga akan berlari bersama

ayuh kita lari ke hujung dunia
hulur tanganmu
genggam erat tanganku
mari kita lari dan mulakan perjuangan ini

D E W I 2

/ Thursday, March 16, 2006 /
dewi yang hilang muncul kembali
membawa kuntuman bunga berwarna pelangi
lenggok gemalainya yang mengagumkan
keistimewaan yang sangat tepat

lirik mata menusuk ke jiwa
tutur kata harmonik dan merdu
bertemakan syahdu dan kurnia

spontan aku ukir ukiran yang telah lama terbengkalai...
untuk dewi hasil karya ku persembahkan..
sesuatu yang indah untuk santapan nalurinya..
buat selama-lamanya

SEMPURNAKAH?

/ Thursday, March 02, 2006 /
sempurnakah
hidup tak ditabur dengan warna-warna indah
dan tak disusuli dengan harmonik orkestra alam?

BINTANG MALAM

/ /
malam dan bintang
ku baring menghadap langit
kerdipan bintang menghiasi semesta
setiap satunya indah
ku cuba petik satu dari ribuan yang terpapar
jauh, mustahil untuk dipaut


aku tersentak
satu daripada ribuan terbang menghampiri
cantik dan bercahaya
aku genggam erat agar ia tidak pupus
untuk seketika,ku lerai genggamanku...

kunang-kunang?

HAWA

/ Friday, February 24, 2006 /

hawa
muncul dari rusuk kiri,
bukan dekat di kaki untuk dipijak
mahupun di kepala untuk dijulang

tapi
dekat di hati untuk di c i n t a

rusuk itu sangkar hati,
dan hati itu ibarat c i n t a
maka jadilah kau sangkar yang melindungi c i n t a
agar perjalanan kekal mekar..

300 DETIK SELEPAS PELANGI

/ Friday, February 17, 2006 /

300 detik berlalu selepas pelangi
sinar mentari makin kabur
hari makin malap
bila pelangi semakin pudar warnanya
runsing menyusul menyelimuti alam
alangkah indah dunia diulit fantasi...

hati-hati bila hati diperhatikan
jangan pernah kau genggami hati yang lain jika hatimu digenggam

SEMALAM TAK TERSINGKAP

/ /
aku usap seribu kedutan kehidupan
agar kembali ke musim bunga
hanya murung yang ku temani
dan daun-daun luruh di musim sejuk

gigil tapi masih cantik..
pedih tapi masih indah..

hanyut ke memori hiris
masih bertanda dan berguris

M A H A

/ Thursday, February 09, 2006 /
kau yang indah
kau yang merdu
kau yang harum
hasil karya agung m a h a

kalbu yang tertusuk
menenangkan jiwa penuh gundah
menghidupkan perasaan yang hampir mati
menanam cinta pada n y a dua dekad
mengukir senyum hingga lupus

terciptalah c i n t a oleh yang di cipta pada pencipta

KAWAN DAN BELANGKAS

/ /

pergi ke alam yang hampir
bertemu yang pernah hampir
tapi tak bertemu bekas belangkas
memori tak bersimfoni,
tak berarus
senyum wangi setelah melodi mengiringi

melodi kehidupan akan terus beralun merdu walau pra-tewas..
alhamdulillah

D E W I

/ Tuesday, February 07, 2006 /
krik krik..muzik alam.
mata kabur.petak rupanya eletronika ini.
yang bulat putar 123.
dewi maseh tak menyapa..
aku gusar. pilu.
abjad sedap kian basi..
dewi terbang lagi..

dan bila dunia bertemakan teater..
kepala pusing..

dewi hilang.. HILANG


WAR WAR NA

/ /
laut biru sebiru lautan
hutan hijau sehijau rimba
langit biru sebiru langi
tsalji putih seputih salji
ros merah semerah saga
ros putih seputih salji

r o s p u t i h

bukan,maseh aku nantikan laut biru.

SUATU KETIKA

/ Monday, February 06, 2006 /
once upon a time..
life is a rush

time runs by...
everything is so far away..
the solution is an end
still i can smell your fragrance..

and that night was bright
when you said yes
summer as a perfect gift
you were the perfect gift

love was a great journey

SAYAP KANAN DAN KIRI

/ Sunday, January 22, 2006 /
hurukanan harakiri.
tekanan tenggiri.
kelembapan otak bersebab penyatuan sanubari,
berlainan persepsi ;
spastik dan statik.

muntah keluar segala apa yang disuap, silakan.

HARI SELEPAS 2005

/ Monday, January 16, 2006 /

satu, dua, satu, dua..tiga.
meniti hari yang basah, leceh;
sedikit haram.
santap dahulunya..
sang betina puteri indahsari menyentap emosi.
murung diambang mendatang..
tunduk..
hancur..

dan sekali lagi mengalir bagaikan sungai ia pergi.

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger