paint

/ Wednesday, May 16, 2007 /
aku,
sentiasa bersemadi di jiwamu,
kita terkias bagai kanvas dan arkilik,
ditemukan dengan secalit berus,
yang mencoret keindahan demi masa dan kesungguhan.

untuk jiwa,minda dan tulus.

KUNYAH DAN TELAN

/ Monday, May 07, 2007 /
berada dalam tradisi dan mempercayai etika
penipuan pesanan berantai
dari atas ke bawah, dari tinggi ke rendah

kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya

mono,koloni gagah semakin mengecil
bilangannya berkurangan
dan semakin lemah pabila racun ditumpahkan
mampu membunuh dengan meracunii telinga

penyebaran penyakit minda melalui kata-kata
menjurus ke arah kebodohan yang spontan

hanya ekspresi yang mampu menzahirkan segalanya
kau salah seorang dari mereka
kita salah satu dari mereka


kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya

bangkit,dan realisasikannya.

TERKAMBUS

/ /
minda telah bangkit dari masa beradu
lalu memetik kesedaran
yang sesuatu telah berevolusi sepenuhnya
lalu membunuh keistimewaan
dan meninggalkan kita secara individu
dalam kekejangan dan kekosongan

minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi.

butakan mereka dan bodohkan mereka
dengan topeng-topeng yang kau cipta

pemikiran dikoyak hingga hancur
tak berusik.tak diguna. dan tak dipraktikkan.
biarkanlah ia bersepah

minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi yang menyayat hati.

TENANG

/ /
kegelapan itu bagaikan pedoman (bagimu)
bukankah sejarah mampu menganjak kau kehadapan?
seperti helaian mimpi-mimpi utopia yang karut
rasakan duka tanpa munculnya kesakitan

memori yang berkarat masih berselerak
untuk mengalpakannya, sudah pasti

oh si penyamar alam
dan pembelot alam kesunyian
pernah mengaburi mataku
dan membutakan mataku
ke jalan yang yang bersimpang siur
mampu membuatku melutut
dan menggapai langit kesakitan

membencinya secara sopan
rindu
luka
lesap..

TANAH TUMPAHNYA DARAH MATAKU

/ /
ia makin menjunam.kau gagal
runtuh, sepenuhnya ke lantai yang jijik
pusing,ia menjadi semakin sukar
pabila petanda yang mampu membuatku gigil muncul

semakin sesat
sesat di halaman rumah sendiri
dimana raja dan permaisuri memerhati
dengan ketakutan, tangisan dan kekosongan

kejatuhan yang ditakdirkan pasti tidak akan dilupakan
ia hanya akan berakhir dengan pengorbanan yang menjangkaui masa
tapi tidak akan membersihkan najis pada muka manusia-manusia yang terpilih.

aku nampak pada tanah tumpahnya darah mataku
dengan mataku sendiri

kawasan persendirian di tanah perkuburan
kawasan persendirian untuk manusia yang terlelap
kegelapan akan terus bersemadi
sehingga mereka membusuk menjadi bangkai


gigil pada yang satu, dan pasti kau akan terlepas dari sumpahan

ANTARA KOLONI

/ /

syaitan dan penamat terus bertarung demi waktu
untuk mengecap realiti
kesamarataan demi kehidupan

tiada yang akan seerti dengan 'kasta tinggi
'atau sejujurnya, diskriminasi

dollar membunuh
rupee menipu
pound mendiskriminasi
ringgit menghancurkan

encik oscar mungkin tersasul
dan setiap satu dari 'kamu' seharusnya tidak tersenarai

kebenaran sedang berputar
mencari jalannya keluar
untuk menjatuhkan syaitan bukit ZION

bukan untuk menebus dosa
tapi untuk melemaskan...

tukang karut

/ Sunday, May 06, 2007 /
sebelum ini aku cuma menzahirkan jiwa yang kacau pada blog 'mydin' aku. tapi kini tiba masanya untuk beralih ke sangkar yang lebih luas lagi. maka lahirlah blog ini. kebanyakan post-post lapuk aku pindahkan dari blog lama ke sini.kalau ada nukilan lagi, kita coret ok. selamat hanyut.

RAMA-RAMA SELEPAS BEIJING

/ Thursday, May 03, 2007 /
sebingkai hati yang gundah
walau jiwa berjaga menanti sahutmu
sehingga fajar penghujung waktu
kelak aku kan bertenggek di jeti pertemuan
tanpa terkelip mata menguis harapan
yang esok kita kan menggelungsur diatas pelangi
dan terbang didukung sayapmu

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger