PASIR NIPAH

/ Tuesday, February 27, 2007 /
yang aku rindukan hanya..
segenggam pasir pantai..
dan melodi ombak yang memukul lantai bumi..
berpautan dengan teriakan anak-anak girang
yang membingkaikan,
seharusnya dunia ini dinikmati dengan betul

ahh...aku sangat rindukan ketenangan

KUALA(LUMPUR)

/ Wednesday, February 07, 2007 /
otak semakin senak
mata berharap kabur
terseksa dek pemandangan kota yang mencekik
terjerat di tengah-tengah hutan batu yang kian reput dan membusuk

damaikan aku dengan loya
damaikan aku dengan bingit
damaikan aku dengan dosa

kerana mereka,
sedang berpusu-pusu untuk
mencipta
merangkul
menggomol
dan merogol keindahan kota lumpur ini..

semoga menelaah sebelum disatukan dengan tanah.
selamat berjaya

3.2.07

/ Saturday, February 03, 2007 /
Wahai sang rama-rama,Ingin aku ucapkan terima kasih kerana buka sepeluang buatku,dan juga ribuan maaf atas gerak-geri yang memilukan kamu.pintu yang terbuka membuatkan aku kian gugup.. tapi,bagus untuk membangkitkan rasa indah:) tetapi gelisah masih bersandaran kerana perbuatan di kala mamai.makin kuat langkah ketika menjinjing tapak tanganmu. aku makin hanyut kedalam kamu

ini janjiku..
ini janjiku..
takkan siapa mampu mencopet aku, dari kamu..atau mencopet kamu dari aku..

kerana wang yang kita miliki hanya K I T A berD U A sahaja yang tahu nilainyadan aku tahu aku takkan mampu berpaling belakang lagi, selamanya :)

ANTARA CINTA,HATI DAN HILANG

/ Wednesday, January 31, 2007 /
Kamu saja
yang bisa buat aku gila seharian,
yang bisa buat aku hanyut bagai bunyian kugiran..
yang mampu membungakan senyumku
Di tiap permulaaan dan pengakhiran

yang tersisip
jauh sekali mirip pada yang pernah mekar di gigi hati
jauh sekali simbolik pada yang telah pergi
jauh sekali dari mengabdikannya dalam
mukasurat kamus cinta;

di hati.
benarkan aku kongsi ruang udara yang kamu hirup,
sehingga terpadamnya lampu alam.
hanya tertulis nama kau dan aku..

SIA-SIA=BURUK?

/ Sunday, January 28, 2007 /

walau hari semakin leceh
namun kudrat masih berjaga
untuk mendakap hati yang pernah beku
walau hanyut dimakan waktu

akan aku sia-siakan yang sia-sia demi kamu

IRAMA NANTI

/ /
masih ternampak kelibat kamu di hari mendatang

berjoget riang mendakap kami
berjoget lambak,bukan berTango

dengan iringan caklempong dan gambus
bukan deram dan trumpet

dengan kamu serta aku
bukan dia atau mereka

TIDURLAH

/ /
tidurlah dengan nyenyak, wahai nuraniku
moga hari esok kian indah
moga hari esok kian bahagia
moga hari esok akan berpihak pada kita

dengan sejujurnyadan mensia-siakan yang sia-sia..
serta melupakan yang gelap-gelap di kala hayat tadi..
selamat malam

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger