sudahpun 12 purnama.
kau masih aku ekori sehingga kian.
meniti setiap langkah yang berirama.
mengumpul sejumlah senyuman
menghias ruang kehidupan
emosi gundah dialunkan tenang.
bersulamkan merdu.
berzahirkan sepucuk jiwa yang gemalai.
jambatan langit bersusun menanti fajar berikutnya.
365 bukan penamat cerita.
12 juga bukan penamatnya.
keindahan debaran tak seharusnya ditempiaskan dengan noktah.
Hitam Putih dunia
biar kata aku berdansa di ruang mindamu
dan menconteng secalit fikiran
menghentikan kau dari gugup
tanpa menghembus sunyi
menyusuri Aswad Abyadh Al-alam
agar setiap ruang kosong akan dipenuhkan
dengan kod serta nota harmonik duniawi
yang lengkap dan terbatas.
berteraskan nota Aswad Abyadh Al-alam
darurat 31 ogos
sudah 5 dekad merdeka,dari genggaman 5 abad .
namun aku, masih tercari semangat kemerdekaan
agar dapat merasuk jiwa aku,
generasi baru yang buta dan pekak
akan laungan kemerdekaan.
sejak bersekolah,
aku cuma nampak mercun yang membakar duit kami.
cantik..
aku juga nampak kostum-kostum hebat yang disulam daripada duit kami juga.
cantik..
serta pesta-pesta raksaksa yang berselindung di balik tirai 31 ogos, setiap tahun.
berbekalkan sound system terkini
yang hingga kesekian kalinya,
akan terus menenggelamkan laungan kebebasan.
kerana setiap satunya jiwa dan minda kita terpacak bendera penjajah.
hingga reput dan tertidur.
moga aku akan tercelik,
moga aku akan terdengar,
moga darurat akan memanggil jiwa dan mindaku.
namun aku, masih tercari semangat kemerdekaan
agar dapat merasuk jiwa aku,
generasi baru yang buta dan pekak
akan laungan kemerdekaan.
sejak bersekolah,
aku cuma nampak mercun yang membakar duit kami.
cantik..
aku juga nampak kostum-kostum hebat yang disulam daripada duit kami juga.
cantik..
serta pesta-pesta raksaksa yang berselindung di balik tirai 31 ogos, setiap tahun.
berbekalkan sound system terkini
yang hingga kesekian kalinya,
akan terus menenggelamkan laungan kebebasan.
kerana setiap satunya jiwa dan minda kita terpacak bendera penjajah.
hingga reput dan tertidur.
moga aku akan tercelik,
moga aku akan terdengar,
moga darurat akan memanggil jiwa dan mindaku.
KUNYAH DAN TELAN
berada dalam tradisi dan mempercayai etika
penipuan pesanan berantai
dari atas ke bawah, dari tinggi ke rendah
kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya
mono,koloni gagah semakin mengecil
bilangannya berkurangan
dan semakin lemah pabila racun ditumpahkan
mampu membunuh dengan meracunii telinga
penyebaran penyakit minda melalui kata-kata
menjurus ke arah kebodohan yang spontan
hanya ekspresi yang mampu menzahirkan segalanya
kau salah seorang dari mereka
kita salah satu dari mereka
kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya
bangkit,dan realisasikannya.
penipuan pesanan berantai
dari atas ke bawah, dari tinggi ke rendah
kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya
mono,koloni gagah semakin mengecil
bilangannya berkurangan
dan semakin lemah pabila racun ditumpahkan
mampu membunuh dengan meracunii telinga
penyebaran penyakit minda melalui kata-kata
menjurus ke arah kebodohan yang spontan
hanya ekspresi yang mampu menzahirkan segalanya
kau salah seorang dari mereka
kita salah satu dari mereka
kunyah dan telanlah ia
walau sesungguhnya kau amat membencinya
bangkit,dan realisasikannya.
TERKAMBUS
minda telah bangkit dari masa beradu
lalu memetik kesedaran
yang sesuatu telah berevolusi sepenuhnya
lalu membunuh keistimewaan
dan meninggalkan kita secara individu
dalam kekejangan dan kekosongan
minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi.
butakan mereka dan bodohkan mereka
dengan topeng-topeng yang kau cipta
pemikiran dikoyak hingga hancur
tak berusik.tak diguna. dan tak dipraktikkan.
biarkanlah ia bersepah
minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi yang menyayat hati.
lalu memetik kesedaran
yang sesuatu telah berevolusi sepenuhnya
lalu membunuh keistimewaan
dan meninggalkan kita secara individu
dalam kekejangan dan kekosongan
minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi.
butakan mereka dan bodohkan mereka
dengan topeng-topeng yang kau cipta
pemikiran dikoyak hingga hancur
tak berusik.tak diguna. dan tak dipraktikkan.
biarkanlah ia bersepah
minda yang terkambus,
lahirkanlah kebodohan.
minda yang sangsi,
merupakan suatu tragedi yang menyayat hati.
TENANG
kegelapan itu bagaikan pedoman (bagimu)
bukankah sejarah mampu menganjak kau kehadapan?
seperti helaian mimpi-mimpi utopia yang karut
rasakan duka tanpa munculnya kesakitan
memori yang berkarat masih berselerak
untuk mengalpakannya, sudah pasti
oh si penyamar alam
dan pembelot alam kesunyian
pernah mengaburi mataku
dan membutakan mataku
ke jalan yang yang bersimpang siur
mampu membuatku melutut
dan menggapai langit kesakitan
membencinya secara sopan
rindu
luka
lesap..
bukankah sejarah mampu menganjak kau kehadapan?
seperti helaian mimpi-mimpi utopia yang karut
rasakan duka tanpa munculnya kesakitan
memori yang berkarat masih berselerak
untuk mengalpakannya, sudah pasti
oh si penyamar alam
dan pembelot alam kesunyian
pernah mengaburi mataku
dan membutakan mataku
ke jalan yang yang bersimpang siur
mampu membuatku melutut
dan menggapai langit kesakitan
membencinya secara sopan
rindu
luka
lesap..
