117

/ Wednesday, January 03, 2007 /
kedatangan tahun baru sungguh indah taktala dia di sisi. sepermulaan untuk perjuangan dan eksperimen baru. seharian belangkas.dari matahari ke matahari. muncul satu detik yang aku mampu hancurkan dirinya. tapi bukanlah itu yang aku impikan. mungkin senyum hanya seketika jika terlalai. ia akan berantaikan episod legam yang tanpa noktah,seperti apa yang pernah aku lihat, pilu. disebabkan sesenyum pendek, perjalanan berikutnya dilalui dengan sedih dan panik. itu bukan apa yang aku cuba coretkan dalam perjalanan ceritera cinta ini. tak mungkin aku akan kotorkan keseluruhan diarinya,dimana akan menyukarkannya untuk menzahirkan hari-hari mendatang dan menyukarkan pembaca yang berhak membacanya. aku tak mahu rama-rama terkapai.aku percaya akan aku.aku percaya akan kami. disebabkan taman nurani memberi seruang indah,sedikit sebanyak telah aku alpakan diari tahun-tahun lalu. selamat.



yang benar,
fa alif ya zai

0 pendapat:

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger