KUALA(LUMPUR)

/ Wednesday, February 07, 2007 /
otak semakin senak
mata berharap kabur
terseksa dek pemandangan kota yang mencekik
terjerat di tengah-tengah hutan batu yang kian reput dan membusuk

damaikan aku dengan loya
damaikan aku dengan bingit
damaikan aku dengan dosa

kerana mereka,
sedang berpusu-pusu untuk
mencipta
merangkul
menggomol
dan merogol keindahan kota lumpur ini..

semoga menelaah sebelum disatukan dengan tanah.
selamat berjaya

0 pendapat:

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger