sudah 5 dekad merdeka,dari genggaman 5 abad .
namun aku, masih tercari semangat kemerdekaan
agar dapat merasuk jiwa aku,
generasi baru yang buta dan pekak
akan laungan kemerdekaan.
sejak bersekolah,
aku cuma nampak mercun yang membakar duit kami.
cantik..
aku juga nampak kostum-kostum hebat yang disulam daripada duit kami juga.
cantik..
serta pesta-pesta raksaksa yang berselindung di balik tirai 31 ogos, setiap tahun.
berbekalkan sound system terkini
yang hingga kesekian kalinya,
akan terus menenggelamkan laungan kebebasan.
kerana setiap satunya jiwa dan minda kita terpacak bendera penjajah.
hingga reput dan tertidur.
moga aku akan tercelik,
moga aku akan terdengar,
moga darurat akan memanggil jiwa dan mindaku.
1 pendapat:
i wish u write more of ur poems..
they're too good to be only kept in ur head.
nice piece on merdeka, captured the essence of new merdeka. :)
Post a Comment