saudagar mimpi menampar pipiku ketika aku lena
asyik dibawah pohon sabitah
sudah
aku tersesat lagi ke lembah mimpi
aku cuma senyum padanya
"aku datang menziarahi mu,secara tidak sengaja"
"mimpi yang paling indah pun buat kau terdampar kembali ke sini?"
aku terkedu bagaimana sekelip mata aku tiba di sini
barangkali disebabkan bayangan kelam tempoh hari
datang melintas perlahan dihadapanku
memaksa minda ku mengimbas kembali
27 rabiul awal 1429
teater tragedi
lembah berlumpur
di Sisilah Al-Jabal....
"
aku singgah ke pesta jalanan
menonton "teater tragedi"
melihat hidup aku dipentaskan
oleh dua ekor monyet
bernama romeo dan juliet
memutar,dan membias secara simbolik sifat cinta
sebagai satu fahaman yang kolot
satu objek yang tipikal
seorang yang prejudis
sebuah ruang yang sempit
bagai kerongkong yang semakin sendat
hingga mati tercekik akibat kehabisan oksigen
romeo dan juliet menjiwai
betapa sarkastik dan sinikalnya cinta
tampak bagai kejadian sebenar
seperti lautan darah yang pernah aku tempuh
aku bermonolog
"tak kurang hebat pementasannya
persis kehidupan aku di zaman batu lalu"
aku kecewa dengan sifat semulajadi
teater tragedi itu
pementasan berkonsepkan 'reality show'
yang mencarik-carik sebahagian dari
kewarasan minda dan jiwa ku
aku sedar
ini cuma cubaan untuk
merasuk penonton untuk leka
dengan kononnya ia tarian kebenaran
lalu menyuap penonton dengan
barisan perkataan lazat
yang punya bau 'keterbukaan'
aku bingkas bangun
membiarkan kenangan
pada romeo dan juliet yang
hangat bercinta monyet
diatas pentas dunia
"
"mimpi dan lamunan adalah dua perkara yang berbeza" kata saudagar mimpi
aku tersentak.menggosok-gosok mata.
"maafkan aku,omar.cuma sisa-sisa masa lampau datang hinggap. tiba-tiba lalai. kisah di teater tragedi musim luruh lalu, ada kaitannya dengan pencarian cinta agung aku"
"cinta agung?kau pernah dengar kisah tentang Si penari Putar yang terlalu menghayati cinta hingga mabuk cinta? ini tulisannya dalam bahasa Rumi diperoleh dari simpanan Si Pemikir" lalu menyua ku segulung skrol lama. berhabuk.
Si Pemikir?sudah lama benar aku tak bersua dengannya.
Akhir sekali bertemu dengannya beberapa purnama lalu. Ketika dia asyik benar menceritakan tentang Puteri Gembala Bunyi yang ditemuinya.merdu dan syahdu katanya.
aku mengamati pemikiran Si Penari Putar
aku jatuh cinta
dan sematkannya dalam kocek jiwa dan minda
cinta yang benar ialah cinta yang mistik
aku merinduinya
walau aku tidak pernah berdepan dengannya
aku mendengar kata-katanya
walau aku tidak pernah mendengar suaranya
aku mencintainya kerana
dia sering membantu,memaafkanku dan menyayangiku dalam diam
katanya dia sering memerhatikan aku
namun hingga hari ini aku masih menanti
saat aku melihat wajahnya
saat aku kembali ke pangkuannya
aku dilamun cinta agung.
10 pendapat:
kau pasti bertemu jua dgn cinta agung*
Kau Yang Maha Esa
saudagar mimpi,
dialah yang menjual mimpi kepadaku,
dan memberikan aku inspirasi.
dia menyatakan padaku.
kita takan sesat dalam kesesatan.
dan tentang penari putar itu.
adakah dia hanyalah darwis semata-mata
ataupun
sufi, sang pecinta yag mistik?
yang aku tau aku suka tariannya
aku suka sajak kau tentang romeo n juliet.
sebab cerita ini lahir dari cerita yang benar
faiz
*tabah
aaaaaa~~
aku pun jatuh cinta
cintaku sering diuji
lebih hebat dari si romeo
memerlukan aku untuk meneruskan hidup
bukan membunuh nyawa sendiri bagaikan juliet
cinta yang memerlukan pengorbanan kesabaran lebih bermakna dari cinta yang mengorbankan nyawa.
dulu aku pernah membenci romeo & juliet kerana sanggup abdikan diri mereka semata2 kerana cinta.
mungkin yang ini persepsinya sedikit berbeza:)
wei goblog..aku buat blog baru LAGI! hahha. ok kali ni aku konfem yg nih real! takde delete2 dh! utk jiwa ni. hehe.
coffeeholic:
:) insyaallah.satu hari.satu saat yang gemilang. ini cerita romeo dan juliet alaf baru. romeo dan juliet bercinta monyet. kan ada rhyme disitu haha :)
amer zaman:
tq.memang aku amat dipengaruhi tulisan jalaluddin rumi. walau beberapa bulan sahaja, tapi kata2nya amat merasuk jiwa.
romeo dan juliet itu menarik kisahnya.tapi dah disenarai hitamkan :)
ainee:
benar.walaupun kesabaran itu kekadang lebih menyakitkan dari suicide.berbaloi :)
glownana:
aha.satu utk fotografi dan satu utk jiwa.bagus tu :) lebih detail kan :D
i'm turning my blog to a private blog. if u're still interested in reading it, pass me ur email address. thanks!
kenapa hitamkan kisah romeo dan juliet?
kalau laila majnun pula?
senandung:
tq for the invitation. harapnya boleh lah baca lagi nukilan2 kau.
amer zaman:
kisah sang malam dan si gila itu sangat kudus.dan dah berlangsung beratus tahun lebih awal dari romeo dan juliet yang datang dari era renaissance.boleh jadi romeo dan juliet tu diinspirasikan dari laila dan majnun. romeo dan juliet itu cuma simbolik pada sketsa hidup yang aku lalui.kebaratan. pengadaptasian cerita bagai satu cerita yang benar.
teringat pada cerita kartun Aladdin :)
Post a Comment