Yang tidak ber'rupa' dalam Yang ber'rupa'

/ Thursday, December 15, 2011 /



Aku Didalam Jasad
Februari 2011


aku pernah hidup dalam alam yang tanpa baik-buruk,benar-salah, tanpa atas dan tanpa bawah, tanpa kiri dan kanan. tanpa akal dan fikiran, mahupun rasa dan cinta. itu aku alami sewaktu dari pertama kali melihat cahaya hingga umur 4 tahun.dan perkara pertama yang aku ingat, memori pertama merupakan sewaktu aku berumur 4 tahun , sesat dalam sebuah pasaraya.

dua tahun lalu, aku duduk semula di alam yang tanpa apa-apa itu, bersemayam mencari pikiran dan memahami keadaan sebagai manusia ber'jasad' ini. memang pada asalnya ruh yang merupakan asalan cahaya 1st grade dari tuhan itu sendiri memang tidak terbatas dalam kesalahan, baik buruk, cantik atau tidak, besar atau kecil. ruh asalnya merupakan sesuatu yang amat suci hinggakan ia tidak berbatas pada semua sifat-sifat duniawi itu. Ia cahaya yang amat suci dan hebat hinggakan ia berupaya memungkinkan manusia membuat pilihan.

namun begitu, untuk menjadikan manusia, ruh di nikahkan dengan jasad, dengan sebab tertentu. yang tidak ber'rupa' di satukan dengan yang ber'rupa'.anda fikir mengapa? mengapa pula ruh yang tanpa batas ini di satukan dengan jasad yang terbatas? apabila sesuatu yang terbatas dibataskan sesuatu yang ber'rupa', sesuatu yang berbentuk, sesuatu yang visual, maka terbataslah ia dengan segala macam natural law, atau sunnatullah(ketentuan/takdir) yang telah ditetapkan sejak azali sang adam. Batasan yang harus ada buat sang manusia untuk memahami ilmu-ilmu si pencipta yang tanpa batas. apabila terwujud batas atau lingkungan, maka wujudlah baik buruk, salah betul.

segala macam kitab samawi yang diilhamkan tuhan adalah untuk menjadi peringatan buat manusia supaya memurnikan jasadnya ibarat sorang bayi, kembali kepada fitrahnya seorang insan(antara sebab muslim menyambut aidil fitri- hari raya fitrah)dan untuk menghakimi sendiri betul-salah dalam tempurung duniawi ini.

Manusia itu tidak mungkin wujud hanya dengan sifat rohaniah sahaja atau sifat jasadiah sahaja.Ia perlu keduanya untuk menjadikan manusia itu muhammad, hamba.

soal diri anda; mengapa pencipta mencipta diri anda lengkap dengan akal? silakan berfikir dan berzikir(ingat).wahai sang ruh, bersuluklah kamu di dalam jasad kamu. Moga anda semua diredhai yang pemurah dan yang pengasih.

0 pendapat:

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger