kamu begitu indah
melihat pasang surutnya cahaya
mendakap erat revolusi pro-timur
membuatku mengetap gigi sambil bersiul merdu
menjadikan sakit itu sesuatu yang samar-samar
membuatkanku lalai akan perit yang bersinggah
makin redup dunia di kala erat
hayati betapa impak yang kamu lakarkan.
kamu adalah keperluanku
07 01 07
perkara yang aku cemaskan sudahpun tiba. hanya kerana cebisan diari hitam lalu yang tidak bersangkut paut dengan diari tahun ini mampu mengotorkan muka hadapan diari baru. menzahirkan apa yang perlu adalah tanggungjawab, dan telahpun aku laksanakan dengan cemerlang. aku mencuba,tapi tak mampu mengelak dari percakaran. aku tak pasti mana silapnya. penutup jalan cerita untuk hari ini disajikan dengan sesuatu yang lari menyimpang jauh dari kebiasaan; sedih. dan dengan lemah longlai aku terus melayan jiwa kacau..
sepurnama dongeng
genap sudah purnama mengambang
betapa indah perasaan mengulit jiwa yang pernah bersembunyi
hanya sebahagian aku untukmu
dan hanya sebahagian kamu untukku
sepurnama kian dicantum
berabad tak mampu memisah
pabila aku ingin reput bersamamu
betapa indah perasaan mengulit jiwa yang pernah bersembunyi
hanya sebahagian aku untukmu
dan hanya sebahagian kamu untukku
sepurnama kian dicantum
berabad tak mampu memisah
pabila aku ingin reput bersamamu
117
kedatangan tahun baru sungguh indah taktala dia di sisi. sepermulaan untuk perjuangan dan eksperimen baru. seharian belangkas.dari matahari ke matahari. muncul satu detik yang aku mampu hancurkan dirinya. tapi bukanlah itu yang aku impikan. mungkin senyum hanya seketika jika terlalai. ia akan berantaikan episod legam yang tanpa noktah,seperti apa yang pernah aku lihat, pilu. disebabkan sesenyum pendek, perjalanan berikutnya dilalui dengan sedih dan panik. itu bukan apa yang aku cuba coretkan dalam perjalanan ceritera cinta ini. tak mungkin aku akan kotorkan keseluruhan diarinya,dimana akan menyukarkannya untuk menzahirkan hari-hari mendatang dan menyukarkan pembaca yang berhak membacanya. aku tak mahu rama-rama terkapai.aku percaya akan aku.aku percaya akan kami. disebabkan taman nurani memberi seruang indah,sedikit sebanyak telah aku alpakan diari tahun-tahun lalu. selamat.
yang benar,
fa alif ya zai
yang benar,
fa alif ya zai
KAMUAKU
kamu dan aku,benarkah tak terpisah? dalam ayat ini sekalipun sudah tertera jelas pemisah antara kamu dan aku. kata penyambung "dan" itu sendiri telah memisahkan "kamu dan aku". jelas bukan? maka secara logiknya jika dilihat dari segi fenomena kehidupan insan, setiap yang merpati atau belangkas itu sebenarnya terpisah. cuma penyebabnya yang berbeza. ajal,masa,takdir atau hati emas.
jadi, penggunaan perkataan "kamuaku" sudah cukup memadai
jadi, penggunaan perkataan "kamuaku" sudah cukup memadai
TRANSAKSI KASEH
pernah sekali hati ini mati dibunuh c i n t a
namun kau kutip sisa-sisa h a t i k u dan cantumkannya semula
dan menjaganya sepenuh hati seperti ia tak pernah luluh
jikalau yakin, mampukah h a t i ini bertukar hak milik?
pinjamkan aku hatimu jua
namun mungkin kau perlukannya semula suatu hari nanti...
mungkin aku juga..
namun kau kutip sisa-sisa h a t i k u dan cantumkannya semula
dan menjaganya sepenuh hati seperti ia tak pernah luluh
jikalau yakin, mampukah h a t i ini bertukar hak milik?
pinjamkan aku hatimu jua
namun mungkin kau perlukannya semula suatu hari nanti...
mungkin aku juga..
