huru-hara

/ Friday, February 15, 2008 /
rama-rama,
aku terpinga-pinga,
nampak samar-samar,
kabur-kabur.

hari-hari
huru-hara
aku berhati-hati
tak henti-henti,
berdiri sendiri.

berminggu-minggu
aku ternanti-nanti
tercari-cari.
melodi sendiri.

sia-sia

1 pendapat:

Anonymous on: September 11, 2009 at 8:47 PM said...

Rama-rama ditusuki peniti-peniti. Melayang-layang statik ditikam sayang, haram.

Kaku hatinya bagaikan gelas peti. Aku pecahkan gelas sial itu.

Perciknya merata-rata. Rama-rama kini ditusuk kaca pula - sayapnya rapuh, robek akhirnya.

"Ya, aku hanya beluncas motherfuckers," ujarnya sambil terengsot-engsot. Apa kau semua mahu? Jasad berkepak-kepak kini tinggal sebaris.

Sebaris langkah, sebaris janji, sebaris tuju.

Alpa. Ramai lebih tertarik garis lintangannya, bagai mahu dicincang-cincang si beluncas itu.


Kau, lain.

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger