rusuk: diantara hitam dan putih

/ Thursday, March 05, 2009 /
wahai rusuk yang hilang
sesungguhnya aku amat daif
tentang rancangan Nya yang satu ini
tersurat dalam siratan daunan diarinya
yang penuh misteri



tentang rupa mu
tutur kata mu
dan jiwa kita



bismillahi awwalahu waakhirah

turunlah kau dari atas agar aku dapat menyambutmu
bagai sedang bermunajat

jadikan diri kau
kiri jika aku kanan
atas jika aku bawah
langit jika aku bumi
bulan jika aku matahari

sapa lah aku
bisikkan aku nama mu
bangunkan aku dari lena yang cukup panjang ini

bawakan aku dirimu yang hitam dengan setitik putih
atau dirimu yang putih dengan setitik hitam

hingga wujud menjawab persoalan ini
agar kita zahirkan rahsianya
biar lengkap kisah cinta tiga segi ini
hingga ia menjadi sebuah pusingan bulatan


panjatkan bicara ku wahai mikael kudus yang sunyi dari nafsu

biar dengan izin nya mata ketiga tercelik
demi memerhati kebenaran atau ujian materi

8 pendapat:

lisha on: March 21, 2009 at 12:05 AM said...

ah. tetapi tidak mungkin kamu kanan kerna dia tidak kiri ;-P

Anonymous on: March 21, 2009 at 11:40 PM said...

faiz zaini,

lahir kamu
bagai sinar mentari



terus berlari hingga kerap pagi
agar nanti
batini bunga hinggap dihati
:)

Anonymous on: March 23, 2009 at 10:02 AM said...

"wahai rusuk yang hilang
sesungguhnya aku amat daif
tentang rancangan Nya yang satu ini
tersurat dalam siratan daunan diarinya
yang penuh misteri"

Faiz,
Sanagt terkesan dalam hati dengan rangkap ini. Semoga Faiz kerap menulis.

Miss u,
Kak Maryani @ water lily.

{ Anak Bumi } on: March 28, 2009 at 11:54 PM said...

rusuk hanya metafora, agar kau berasa dihujani rahmat sentiasa.

Kasih sayang Tuhan amatlah dekat.

Hanya kita yang sering menjauhi..

{ azura } on: April 11, 2009 at 8:06 PM said...

susah tu...usaha k

{ .e i k a. } on: June 5, 2009 at 12:57 AM said...

thx

{ .e i k a. } on: June 5, 2009 at 1:00 AM said...

eh2.slh cmment.nk ckp,gudlark! :D

Anonymous on: August 9, 2010 at 11:02 PM said...

wah, rintihan!

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger