rusuk: diantara hitam dan putih

/ Thursday, March 05, 2009 /
wahai rusuk yang hilang
sesungguhnya aku amat daif
tentang rancangan Nya yang satu ini
tersurat dalam siratan daunan diarinya
yang penuh misteri



tentang rupa mu
tutur kata mu
dan jiwa kita



bismillahi awwalahu waakhirah

turunlah kau dari atas agar aku dapat menyambutmu
bagai sedang bermunajat

jadikan diri kau
kiri jika aku kanan
atas jika aku bawah
langit jika aku bumi
bulan jika aku matahari

sapa lah aku
bisikkan aku nama mu
bangunkan aku dari lena yang cukup panjang ini

bawakan aku dirimu yang hitam dengan setitik putih
atau dirimu yang putih dengan setitik hitam

hingga wujud menjawab persoalan ini
agar kita zahirkan rahsianya
biar lengkap kisah cinta tiga segi ini
hingga ia menjadi sebuah pusingan bulatan


panjatkan bicara ku wahai mikael kudus yang sunyi dari nafsu

biar dengan izin nya mata ketiga tercelik
demi memerhati kebenaran atau ujian materi

cintakan mati untuk hidupkan cinta

/ Tuesday, January 13, 2009 /
nenek moyang ku penghuni syurga
dimana di situ lah bermulanya kehidupan dan cinta

disingkir keluar kerana tersalah menjamu selera


aku ini makhluk ghaib yang terperangkap dalam alam fana
yang tidak sempurna tetapi sempurna

aku cuma tidur terlalu lama di kala mimpi hayat
yang penuh dengan khayalan-khayalan berat



kematian duniawi adalah permulaan kehidupan
hari demi hari menanti hari kebangkitan
dimana aku akan dibangkitkan dan dihidupkan semula
untuk mengadap Maharaja yang sebesar-besarnya


setelah berdekad lamanya di alam materi termati diri
sedang dosa dan pahala itu urusan tuhan
mana kan mungkin aku memilih syurga
dan menolak neraka



maka,

dengan rasa cinta yang diilhamkan
melalui akal dan jiwa yang dinikahkan

baik lah aku memilih si pencipta
dari aku miliki sebuah takhta.


dan barangkali dengan izin Nya kan ku temui kedua pemilik cerita cinta yang pertama.

amin.

tiada dalam ada

/ /
aku tiada wajah
aku tiada mata
aku tiadahidung
aku tiada mulut
aku tiada tangan
aku tiada kaki
aku tiada akal
aku tiada ilmu
aku tiada hati
aku tiada jiwa
aku tiada kawan
aku tiada keluarga
aku tiada aku

kerana yang ada itu cuma WUJUD

tapi, aku ada cinta.
cinta.

Tuan

/ Thursday, January 01, 2009 /
hanya dia yang mampu menzahirkan huruf sebelum A dan huruf selepas Z

99 hingga 1

/ Monday, September 22, 2008 /
Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu
Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain..selain dirimu
Yang selalu ku puja
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu ku memandang
Dengan telingamu ku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara

Dengan hatimu aku merasa

diantara cinta, dan cinta

/ Wednesday, September 17, 2008 /
barangkali masa terlalu cemburu
bagi mengizinkan pertemuan kita berputik

dan cinta ukiran manusia
dari satu persepsi yang separa tumpul


hanya akan menggugat kesenangan peribadi.
tidak akan menambat cinta abadi

namun cinta aku untuk MU tidak akan surut
walau satunya cara untuk aku berbicara dengan MU

ialah dengan cara mencium bumi

dan menghayati karyaMU bersuara

kerana,
itu satu percikan kata-kata renyai



yang mampu mengusap jiwa buas dan liar.

bida dari minda bidadari

/ Thursday, July 24, 2008 /
aku tahu namamu.
namun aku tak pernah mengenalimu.


tapi,bila cintaku terhadap kehidupan
kian kontang,
kau curahkan dirimu padaku


buatku subur.

aku mahu nyanyikan melodi indah keramaian
tapi ia takkan bermakna jika tanpa ritma
ia takkan bermakna jika tanpa tempo yang berirama


aku mahu
berdansa bersama mu
berlantaikan kepulan awan
beratapkan bintang

aku mahu
berdansa
hingga dua jiwa ini ditiup angin
hingga hinggap di bulan

yang terbentang
hanya untuk kita berdua
hanya bila kita bersua

dan hanya bila aku terjaga
dari koleksi mimpi yang kian usang.

datanglah bida dari minda bidadari
menari diawal subuhku
dan hapus di malam hari.

Labels

Followers

 
Copyright © 2010 gob[blog] gundah-gulana, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger