kadang-kadang
aku sedar kita ini sering diperhati
oleh CCTV halimunan
yang ada di setiap penjuru,
sudut dunia
kebanyakan di langit
di pokok-pokok
di taman
di dalam rumah
di dalam bilik
yang setiap satu nya
berangkaian dengan
harddisk organik
di dalam kepala
yang setiap satu kabelnya
mengurai jauh keatas
melalui langit pertama
ke langit ke dua
ke langit ke tiga
ke langit ke empat
ke langit ke lima
ke langit ke enam
menembusi langit ke tujuh
yang boleh diamati
bukan dengan pasangan bola mata
tapi dengan semata hati
namun
jika kamera litar tertutup itu
nyata terlihat oleh
kita manusia-sia ini
pasti akan
berbohong pada diri sendiri
dan setiap kita akan
berubah menjadi sang malaikat
menelefon penguatkuasa alam
untuk memuji dan mengampu
menelefon maha hartawan
untuk melimpahkan rezeki
menelefon hakim semesta
untuk mempertimbangkan kesalahan
agar dapat meloloskan diri dari jahanam
sesungguhnya
manusia itu dicipta lengkap
dengan tiga mata
tapi kita orang-orang keramaian
hanya pernah menggunakan dua sahaja.
8 pendapat:
deep. it's beautiful faiz. syabas.
whoa. this is the name of my favourite rock band. but this poem gives me quite an impact. terasa di hati siod.
kalo boleh dilihat, sedikit dosa pon kita takut nk buat.
tapi bila hanya di atas, kita lupa, kita buat2 tatau, "aahh..nnt aku taubat!"
bukan tidak tahu dosa tapi mungkin lebih syg kn hidup dunia. munkin, mata hati buta kerana bende sia2 yg di sangka kan segala.
oh yeah. aku selalu juga paranoid dengan CCTV yang satu ni...
u're tagged! :D
http://senandungkonspirasi.blogspot.com/2008/05/another-8-facts-i-should-be-rich-by-now.html
oh tuhan... celikkan mata hatiku ini.. agarnya ianya tidak buta lagi...
Saya suka ni.
Post a Comment